minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

4 petugas BA ditahan polis

Mohd Sabri Said

KULIM, 21 Disember (Hrkh) : Empat orang petugas Barisan Alternatif (BA) ditahan polis sekitar tengah malam tadi kerana didakwa bersalah mengadakan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan melucutkan hak pemandu dan penumpang bas ketika hari pengundian pada 29 November lalu.

Mereka yang ditahan ialah Setiausaha Parti KeAdiLan Negeri Kedah, Zamil Ibrahim dari Taman Harmoni, Bidung, Ahmad Khairuddin Jamaluddin 33 dari Taman Sejahtera, Kulim, Khairi Yahya dari Kampung Permatang Ringan, Kota Kuala Muda dan Mohd Fauzi Awang Kechil dari kampung Matang Kechil, Kota Kuala Mudah, Kedah.

Harakah difahamkan, Zamil di tahan di Siberkafe di Pekan Bidung dan tiga lagi rakannya ditahan di kediaman masing-masing sekitar jam 10.00 sehingga 12.00 malam.

Keempat petugas BA di bawa ke Mahkamah Majistret di Jalan Raya, Kulim pukul 11.50 pagi oleh dua buah trak polis serta dikawal ketat hampir 100 orang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap dengan rotan dan cota di pinggang.

Turut hadir untuk memberikan sokongan moral ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Lunas, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua KeAdiLan Merbuk, Mustaffa Khalid; Ketua KeAdiLan Sungai Petani, Johari Abdul; Ketua KeAdiLan Padang Serai, Zainuddin Bakrin dan Ketua Pemuda KeAdilan Pulau Pinang, Johari Kassim.

Semasa pertuduhan dibaca mereka didakwa di bawah seksyen 147 kanun keseksaan yang membawa hukuman maksimum dua tahun penjara selain ikat jamin RM8 ribu seorang kerana cuba melucutkan hak pemandu dan penumpang bas bernombor BDM 6689, WDB 5115, NAN 7686, WHM 9585 dan BFE 4811 untuk ke Markas Barisan Nasional (BN) di alamat 93/94 Taman Seladang Kulim.

Namun atas permintaan peguam bela yang diketuai oleh Ahmad Abdul Rashid dan empat pembantunya iaitu Abdul Yunus Sharif, Gooi Hsiao Leung, Noor Izzah Din dan Duratul Akmal Abdul Aziz akhirnya mahkamah menurunkan kadar jamin kepada RM5 ribu dengan seorang penjamin.

Manakala pihak pendakwa dibarisi oleh Timbalan Pendakwa Kanan merangkap Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Zulkifli Bakar dan penolongnya, Lokman Nordin.

Setelah mendapati kes terlalu banyak dan kebetulan Mahkamah Majistret Kulim sedang diubah suai hakim Majistret, Noorhisyam Ismail menetapkan 14 sehingga 19 April 2001 sebagai tarikh perbicaraan.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter